Saturday, March 2, 2013

PERKASA lapor polis minta Bala henti ceramah




Sembang di kedai kopi, Ada kawan kata...
Negara Malaysia kan negara demokrasi
Rasanya berceramah tak salah asalkan ada permit
Sepatutnya yang dituduh itu menyamannya di Mahkamah
Atas dakwaan menfitnah. Macamana?
Bala ni pun satu..
Dah elok2 duduk kat India tu, yang balik sini buat apa tah...
**************************

PERKASA lapor polis minta Bala henti ceramah
             
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat tujuh laporan polis meminta supaya penyiasat persendirian P Balasubramaniam menghentikan siri ceramah yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata tindakan Balasubramaniam mengaitkan Perdana Menteri dengan satu kes pembunuhan, merupakan fitnah yang serius serta boleh mengundang buruk sangka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
   
"Kami berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Balasubramaniam yang difahamkan sudah mula mengadakan ceramah dan forum mengenai dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
   
Beliau berkata jika benar Balasubramaniam mempunyai bukti kukuh, dia sepatutnya tampil dan menyerahkannya kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, bukan menyebarkannya sesuka hati tanpa usul periksa.
   
Abu Bakar berkata jika Balasubramaniam enggan, ini jelas bahawa dia sebenarnya berniat jahat dan menjadi alat kepada pihak tidak bertanggungjawab serta boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan negara.
   
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment