Saturday, March 2, 2013

Antara Elaun Ratu dan Kerabat



Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ratu Elizabeth membelanjakan 14.3 juta tahun lalu. Kebanyakkannya dihabiskan pada bayaran gaji pekerja istana sebanyak 9.9 juta! Kos membayar gaji Ratu England dibayar sepenuhnya dengan menggunakan duit cukai pendapatan rakyat. Dianggarkan setiap rakyat Britain membayar sebanyak 69 sen (seorang) bagi setiap tahun untuk menanggung kehidupan diraja yang mewah ini.



Di Malaysia agaknya berapa perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan Agong, Sultanah dan juga kerabat Diraja Di Malaysia? Sekadar info….

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880


Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut  menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :


Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan


Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :

No comments:

Post a Comment