Kronologi Saiful di Sontot;
1- Beberapa hari sebelum 26 Jun 2008 - Pertemuan sulit
antara Saiful dengan Najib (ketika Najib TPM) dibuat. Mula-mula Najib menafikan
pertemuan itu tetapi kemudiannya mengakui dan menjelaskan pertemuan itu
berlangsung kerana Saiful gagal di universiti dan meminta bantuannya untuk
dapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa
Saiful diliwat Anwar. Khabarnya dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup
takut.
Rodwan |
2- Pada hari Rabu, 25 Jun 2008 - Saiful telah bertemu
dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan
Mohd Yusof (pada waktu itu sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
PDRM, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik
bernombor 619. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis
dalam kes liwat Anwar tahun 1998/99 dulu.
3- Tengahari Khamis, 26 Jun 2008 - Saiful mendakwa dia
telah diliwat secara paksa oleh Anwar buat kali yang terakhir di sebuah
kondominium mewah di Desa Damansara. Saiful juga mendakwa dirinya telah diliwat
oleh Anwar sebanyak 8 - 9 kali sepanjang 2 bulan sebelumnya.
Glammer jugak budak ni! |
4- Pagi Jumaat, 27 Jun 2008 - Saiful pergi ke pejabat
Anwar seperti biasa. Takde pulak dia mengadu yang anusnya sengal atau
sakit kepada sesiapapun di situ dan hadir dalam keadaan normal. Pada sebelah
petangnya dia turut hadir dalam majlis anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah
Anwar. Dia turut membantu menghidangkan kopi kepada hadirin tanpa menunjukkan
sebarang tanda-tanda ketidakselesaan.
5- Pada tengahari Sabtu, 28 Jun 2008 - Lebih kurang jam 2
petang, Saiful telah pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di
Jalan Tun Razak. Dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit dalam
lubang pungkoknya selama beberapa hari. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan
alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman
menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan dubur
serta rektum hujung usus adalah normal (masih dara). Selesai pemeriksaan, dia
beritahu Dr. Osman yang dia telah diliwat oleh VIP. Dr Osman telah
menasihatinya supaya buat pemeriksaan di hospital kerajaan.
6- Pada hari yang sama, Saiful pergi ke HKL. Meskipun HKL
hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah
jam untuk sampai ke sana. Tak tahulah siapa yang ditemui atau dihubunginya
untuk berbincang dalam tempoh 150 minit itu. Di HKL, dia telah diperiksa oleh
TIGA orang doktor pakar (Apa perlunya sampai 3 orang doktor). Dan ini satu
perkara luar biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka
menyebut : “Tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti
dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” Sekali lagi ia
menguatkan kesimpulan
yang dibuat Dr. Osman
Haaa... gitulah ceritanya.... Nah tengok video ni...
No comments:
Post a Comment