Dalam sejarah
Pilihanraya Malaysia
Tidak menjadi hairan
jika Pakatan Rakyat (PK) kalah..
Akan menjadi Hairan
jika PK menang...
Tidak menjadi hairan
jika Barisan Nasional (BN) menang..
Akan menjadi bertambah
Hairan jika BN kalah...
********************************************
Seolah-olah 'ada
pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta
KUALA LUMPUR: Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu
dakwaan yang tidak berasas.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli,
berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya
boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.
"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika
kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat)
bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana
yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau
kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat
prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara
berlaku.
Dakwaan itu juga, kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk
mengaitkan Pakatan Rakyat dengan krisis yng melanda negara di Lahad Datu.
"Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di
bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau.
Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan
kenyataan yang memberikan gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan
huru-hara berlaku.
Timbalan Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat
beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk
menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda
kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
No comments:
Post a Comment