Sembang kedai kopi.. dari pendapat kawan..
Bagi jer Pakatan Rakyat memerintah sekali..
Tengok apa dia boleh buat?
Kalau tak bagus lain kali jangan undi dah sampai kiamat!
Kalau bagus macamana?...
Kalau bagus undilah... Pakatan Sampai Kiamat!
Dan Umeno pulak jadi Pembangkang kini dan selamanya...
he3... cerdik jugak kawan aku neh... macam Musa Itam!
***************************************************
Negara tidak akan
bankrap terbukti di Kelantan
KOTA BHARU: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun
Musa Hitam bahawa negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah
mendapat sambutan pelbagai pihak.
Antaranya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar
Kelantan.
Ekoran kenyataan Musa itu, Tuan Guru Nik Aziz teringat
inilah juga tohmahan jahat yang dibuat oleh Umno ketika PAS mula-mula menang di
Kelantan pada tahun 1990 lalu.
"Saya membaca kenyataan Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah sebagaimana tuduhan
pihak-pihak tertentu.
"Suka untuk saya ingatkan, inilah juga tuduhan yang
dilontarkan kepada Kelantan apabila Umno tewas pada tahun 1990, ada yang
mendakwa bahawa Kelantan akan bangkrap dalam masa tiga bulan.
"Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Kelantan tidak
bangkrap bahkan membangun sebagaimana negeri-negeri yang lain," tulis
beliau dalam facebooknya.
Bagi Mursyidul Am PAS itu, itulah juga yang akan berlaku
jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya, "negara tidak akan bangkrap
Insya-Allah.....".
Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap
negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan
tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang
dengan baik, lapor Sinar Harian.
Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata,
perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya
mampu menarik pelabur.
"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak,
malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank
dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan
membuat pelabur dari luar negara lari.
"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat
ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media,
kelmarin.
No comments:
Post a Comment