(Link berita yang memfitnah Cikgu Bard sudah tidak ada lagi) |
Lagaknya macam biskut jer...
Kejap ada... kejap takder!
Kejap ada... kejap takder!
Apa nak dimalukan... mintak mahap jer abis cerita.
Siar kat muka depan selama seminggu dan pakat
dengan TV3 sekali barulah ngam!
******************************
Rencana Utusan fitnah Chegubard lesap
KUALA LUMPUR: Dua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Cikgu Bard atau Badrul Hisham
Shahrin telah menyerahkan notis beberapa
tuntutan saman kepada Utusan Malaysia.
Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah
diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan.
Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk
"Medan Perah Duit Rakyat" tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap.
"Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi
dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan,"
kata Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM Kebangsaan.
Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah
semalam.
Walaubagaimanapun alamat url pautan asal
"http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat"
masih wujud.
Cuma apa yang tinggal hanya tulisan tertera "Broken
Link".
"Apakah tindakkan Utusan Online memadamkan rencana
di dalam isi pautan tersebut menjadi petunjuk bahawa Utusan telah akur dengan
notis yang dikeluarkan oleh pihak guaman chegubard?" soal beliau dalm
kenyataannya.
Penarikkan rencana berunsur fitnah tersebut dari portal
Utusan Online adalah merupakan salah satu dari empat tuntutan gantirugi yang
dikemuka oleh Chegubard.
Buat masa ini, pihak SAMM dan Chegubard masih lagi
menunggu permohonan maaf secara terbuka sepertimana yang dituntut. - harakahdaily
No comments:
Post a Comment