Porak-peranda:
Muhyiddin dicabar dedah dokumen
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil
tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana
melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha
menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.
“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah
serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam
masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada
Harakahdaily.
Katanya, sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan
Muhyiddin boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai dari
kalangan masyarakat.
“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan
memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya
pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau?
“Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini
benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah
negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang
lain?” tanya Riduan.
Katanya lagi, apakah tidak mungkin terjadi kenyataan itu
menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta
tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi.
Menurutnya, dalam keadaan negara sedang diancam dengan
masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM
sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan sesama rakyat serta sindrom
ketakutan kepada rakyat.
Beliau berkata, TPM sepatutnya berusaha mententeramkan
rakyat serta memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan
demokrasi di negara ini.
Tambah beliau, pilihanraya adalah suatu proses yang mesti
disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang
bertanding bagi menentukan kepimpinan negara.
Katanya, kenyataan itu akan memberi reputasi yang buruk
ke atas PR dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap PR serta
penyokongnya.
Beliau menambah, Muhyiddin juga telah menghina jutaan
rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka
dengan kenyataan sedemikian.
“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut
melalui dokumen yang dipercayainya seperti dakwaannya, DPPM mencabar TPM untuk
mendedahkan butiran dokumen tersebut.
“Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada
usaha PR untuk mencetuskan suasana porak peranda DPPM tidak teragak-agak untuk
mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau,” ujarnya.
Anda Stress?? Layan dulu lagu blues dari anak Wak Din neh..
No comments:
Post a Comment