Thursday, March 14, 2013

Azmin Disiasat Isu Projek IC




Azmin disiasat lebih 3 jam isu projek IC, aduan dibuat SKMM sendiri

KUALA LUMPUR 14 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali disiasat lebih tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan sebuah video yang dimuatnaik ke youtube berjudul ‘Program Tukar ke Melayu, Project IC By Tun Dr Mahathir’.

Menurut Azmin, siasatan SKMM berhubung komen pertama di pautan video tersebut kerana sama dengan kenyataan media yang pernah dikeluarkannya 18 Januari lalu.
“Saya tak terlibat dalam pembikinan video dan memuat naik video tersebut,” tegasnya kepada pemberita di depan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, semalam.

Video berdurasi 55 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki yang kelihatan seperti warga Bangladesh dikejar polis dalam sebuah operasi.

Dalam video tersebut, polis memanggil kumpulan warga Bangladesh bukan bertujuan menangkap, tetapi untuk memberikan kad pengenalan.

Dalam pada itu, beliau berasa hairan kerana siasatan ke atasnya berdasarkan aduan yang dibuat SKMM sendiri dan orang awam yang tidak dinamakan.

“Bila saya minta laporan tersebut, saya dinafi maklumat,” katanya.

Dalam pada itu jelas Azmin, kenyataannya pada 18 Januari berhubung tegurannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengaitkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dalam isu pemberian kewarganegaraan.

“Saya tegur Dr Mahathir supaya jangan tutup isu pokok yang sedang berlaku dalam prosiding RCI di Sabah dengan mengheret Tunku yang menganugerah kewarganegaraan mengikut prosedur dan ketetapan secara terbuka dan telus.

“Yang dilakukan Dr Mahathir ialah tindakan yang banyak timbulkan pertikaian kerana dibuat secara sulit dalam operasi khas.

“Semua ini terbongkar dalam RCI Sabah melibatkan pegawai beliau seperti Aziz Shamsudin dan Megat Junid secara langsung.

“Ia dua perkara berbeza. Saya desak kerajaan siasat Tun Dr Mahathir. Tapi bila saya tegur, saya pula yang disiasat,” kata Azmin.

Azmin diiringi peguam Datuk CV Prabhakaran ditanya 51 soalan dan disiasat dibawah Seksyen 255 Akta Komunikasi & Multimedia (1998) oleh penolong pegawai siasatan, Muhammad Iqbal Ikhwandy Mat Zain. – Keadilandaily

Video disini...
 


No comments:

Post a Comment