Umpama ikan Sudah Terperangkap dalam bubu,
Sekali masuk, tak boleh keluar lagi...
Ikut rasa binasa... ikut hati mati.
*****************************
IPOH: Kerajaan Malaysia akan memastikan tidak ada seorang
pun penceroboh militan di Lahad Datu, Sabah terlepas. Sebaliknya, mereka akan
ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan mengikut
undang-undang Malaysia.
Mereka juga tidak akan dihantar balik ke Filipina kerana
telah membunuh lapan anggota polis Malaysia dengan cara yang paling kejam dan
tidak berperikemanusiaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata, tidak ada undang-undang peperangan atau catatan di dalam Konvensyen
Geneva yang membenarkan tindakan sadis .
"Saya mahu tidak seorang pun penceroboh militan ini
harus dilepaskan. Kita mahu mereka tidak terlepas daripada kepungan kita dan
kita mahu penceroboh militan ini samada ditembak mati, ditangkap hidup-hidup,
kita bicarakan mereka mengikut undang-undang Malaysia.
Saya fikir ini adalah perbuatan yang langsung tidak ada
peri kemanusiaan yang dikuasai oleh iblis dan syaitan dan mungkin..mungkin ada
pengaruh dadah atau ada ilmu hitam yang mereka gunakan.
Tetapi apa yang mereka lakukan, rakyat Malaysia langsung
tidak dapat menerima perbuatan sadis, perbuatan tanpa rasa belas kasihan dan
rasa peri kemanusiaan di kalangan pengganas, di kalangan penceroboh militan
ini." ujar Zahid.
Zahid memberitahu, buat masa ini pasukan keselamatan
Malaysia sedang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di tiga
kawasan iaitu Kg Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu kerana tidak ada
tanda-tanda penceroboh mahu meletakkan senjata kerana mereka telah dijanjikan sejumlah
wang dan tanah oleh ‘Sultan’ Jamalul Kiram III dan pemimpin lain.
Sambil memuji kesungguhan dan semangat tinggi anggota tentera dan polis yang terlibat di
dalam Ops Daulat, menteri pertahanan itu berkata, angkatan tentera laut
Filipina dan pengawal pantai mereka telah mengambil langkah untuk menyekat
kemasukan penduduk dari Sulu ke Sabah.
No comments:
Post a Comment