Friday, March 1, 2013

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN




Terang dan nyatalah yang kudis itu

telah membengkak dan bernanah...

Tidak dapat disorok-sorok lagi baunya

Membusuk sudah tersebar seantero dunia...



Hidup tak habis-habis kerjanya menipu!

Bukan hanya manusia sahaja...

Habis lembu, ayam dan itik tertipu sama.

Itulah akibat tulunjuk lurus, tapi kelingking berkait!


Seronok ke Jadi Pemimpin??
Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhori [7150].

*****************************

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN    
BACHOK: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima.

Akuan bertulis itu berbunyi...

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam”.

Akuan bersumpah itu diedarkan pada majlis penyampaian BRIM di Sekolah Menengah Beris Panchor baru-baru ini.

Mengulas taktik terdesak Umno Bachok itu Adun Tawang, Hassan Mohamood berkata, pemimpin utama Umno yang bermati-matian mempertahankan BR1M bukan tujuan politik pilihan raya ternyata meleset sama sekali.

Katanya, mereka tidak boleh hendak berdolak dalih lagi kerana apa yang berlaku di bawah jelas membawa mesej politik dengan menggunakan bantuan kerajaan.

“Umno dan BN ternyata sudah benar-benar terdesak sekarang. Mereka hanya dapat mengumpul rakyat di majlis pengagihan BR1M dan mesyuarat PIBG sahaja.

“Tanpa ada program BR1M Umno tidak mampu mengumpulkan orang ramai mendengar ceramah mereka menghentam kerajaan negeri dan PAS.

“Inilah taktik kotor Umno dengan berhempas pulas menggunakan segala kemudahan kerajaan bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa,” katanya di sini.


Bagaimanapun beliau menganggap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan akuan sumpah tersebut kerana mereka faham talian hayat Umno berada di penghujung.

Sementara itu pada program penyampaian BR1M di sebuah sekolah di Dun Tawang semalam menyaksikan seorang penerima tiba-tiba pengsan kerana terlalu lama menunggu.

Yaakub Ibrahim dari Kampung Budi berkata, abang iparnya Nik Mahmud Nik Ismail datang awal lagi bagi 
menerima BR1M disampaikan seorang 
pemimpin Umno.

Bagaimanapun katanya, kerana terlalu lama diarah menunggu bagi mendengar ceramah politik pemimpin Umno menyebabkan dia jatuh pengsan.

“Nik Mahmud ada penyakit diabetis. Namun kerana terlalu lama menunggu pelbagai kerenah pemimpin Umno sebelum mendapat baucer BR1M menyebabkan dia tidak tahan sehingga terjatuh pengsan.

“Sekarang beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya sudah beransur pulih sekarang,” katanya. 


No comments:

Post a Comment