Ini satu lagi berita
baik…
Baik untuk Kakitangan
Kerajaan,
Maka akan memakmorkan
lagi ekonomi kat Malaysia ini dan…
Promosi serta tawaran
hebat dari gedung-gedung pasaraya dengan
Jualan potong harga
gila-gila…
******************************
PM Umum berita gembira Kakitangan awam 11 Mac?
SANDAKAN
- Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai
tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan
Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali
Hamsa.
Ali Hamsa |
Beliau
berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam
perkhidmatan awam di negara ini.
Katanya,
penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had
atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga
85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
"Ia
menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi
jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap
maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang
bersiaran semalam.
Ketua
Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik
dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa
yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu
setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.
Katanya,
kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus
untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.
Menurutnya,
perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh.
Beliau
yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan
pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara
kerajaan.
Ali
berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac
ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada
1.4 juta penjawat awam di negara ini.
"Kita
tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada
insentif kita sama-sama tunggu.
"Tahun
ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih
kepada semua penjawat awam," katanya.
Katanya,
untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun
penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula
seperti elaun perumahan.
"Kami
sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu
melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang
lebih," katanya.
Pada
akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan
perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala
tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau
berkata, penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif
dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.
Katanya,
tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang
kepada rakyat. – Bernama
Cuba Lihat Disini pula…
Pendapatan
Perkapita Malaysia vs Kuasa Beli
Dimanakah tahap kuasa membeli kita, dan berapakah nilainya?.
Usah dibangga dengan angka, kerana angka tidak mewakili nilai… Lihat contoh ini…
Atau pilihan mana yang lebih baik… Bergaji kecil, ada kuasa beli
atau bergaji besar, tetapi tiada kuasa membeli?
Dikalangan
antara di 72 negara, Malaysia masih belum boleh dibanggakan kerana ketika ini, Malaysia
dengan purata (Malaysia $961) dan masih
belum mampu mengatasi Korea, Japan, Israel, Hong Kong, Bosnia mahupun Jamaica. Mendahului
kesemua Negara adalah Luxembourg dengan purata (Luxembourg $4,089).
[Untuk
pencerahan KLIK INI].
Seperti yang diwar-warkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Haji Najib Tun Razak sebagai berkata, Pendapatan Negara Kasar (GNI)
diunjurkan meningkat hampir RM1.7 trilion (AS$524 bilion) pada 2020. Ini
sekaligus meningkatkan pendapatan perkapita Malaysia daripada RM22,000
(AS$7,000) kepada sekurang-kurangnya RM49,500 (AS$15,000) pada 2020. Tahniah di
ucapkan kepada kerajaan...
Memang nampak besar, dan pastinya ramai yang teruja dengan
angka-angka ini. Pendapatan perkapita Malaysia sekitar RM50,000 memang boleh
tercapai tetapi apa gunanya jika purcahsing power atau kuasa beli rakyat akan
merosot. Sebutlah RM1 juta, RM10 juta atau RM1 billion, pertumbuhan ekonomi
naik berapa peratus sekalipun, rakyat di Kampong dan Bahagian Pendalaman apa
ceritanya? Apa yang mereka mahu
sebenarnya “Nikmat Sebenar” limpahan
kemewahan yang negara perolehi. Itu SAHAJA…
No comments:
Post a Comment