SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA |
Berita baik..
Penyelesaian kepada macam2 masalah dan
Memang ada sikit leceh bab cas-mengecas ni...
**********************************************
BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana
telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.
Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh
bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.
Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya
anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.
"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan
menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun
dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini
sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada
pameran Kongres Mobil
Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.
Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan
pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia
masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat
panggilan biasa.
"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan
telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh
Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi
pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. –
AFP
No comments:
Post a Comment