Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai
hari memperingati peristiwa Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang
dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan
oleh hadith Rasulullah SAW yang sahih:
“Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau
melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram),
maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang
baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya,
maka Musa AS berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami
berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya.
Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa
daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wahai orang-orang yang curang, zalim dan
pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi
bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh
kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami
dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al-'Uyun,
hal 391).
Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid
Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah
berbai'ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka
dan membunuhnya”. (A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).
Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan
perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal.
242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di
atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala
dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan
mereka yang tidak berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh
Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan
agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam
buku masing-masing.
Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang
Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi
Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain.
Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak
haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk
memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau al-'Uyun,
hal. 430) Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis
al-'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina
Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan
berkata,
“Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan
memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan
membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita
berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai
orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang
bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan
bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan
kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah
golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.
Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin
Rab'ie dalam pembunuhan
Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu
Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada
Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah
juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan
terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai
4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang
yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin.
(Jilaau al-'Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)
Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang
berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah
Karbala ditulis oleh tangantangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat
buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan
Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam
walau ditelan arus zaman dan masa.
Tuduhan
Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila
menyandarkan pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW
iaitu Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima
Umar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa
sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan
dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata,
“Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir
membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-Thabari jilid 4 m.s. 245)
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang
digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang
dibunuhnya sampai begitu sekali, bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan
kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah
dibunuh secara zalim itu.
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut
oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari
kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama
orang yang meriwayatkan hadith daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin
Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau
telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri.
Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah
anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin
Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan
lain-lain lagi”.
‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith
daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang thiqah (yang
dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)
Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa
Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan
sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan
kezaliman terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar
bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith
menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah?
Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang
dihubungkan kepada Umar bin Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan
cerdik pandai Islam.
Artikal berkaitan: