Larangan meratap
Setelah memahami isu di atas, kita boleh
menyimpulkan tiada kena mengena sama sekali antara sambutan mengingati
peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin
daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura yang berkonsepkan Karbala itu tidak
pernah dan tidak akan menjadi tradisi di kalangan penganut Ahli Sunnah
Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang kepada ajaran al-Qur’an dan
al-Sunnah.
Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi
si mati sehingga menampar-nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan
tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada
hadith Rasulullah SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith
daripada Ibnu Mas'ud ra bahawa Nabi SAW telah bersabda,
“Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul
pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”. (Sahih
Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik
al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari
amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam
keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari
minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka”. (Sunan Ibnu Majah
bab larangan dari meratap).
Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa
amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari
Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan
Ahli Sunnah yang mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta
menjadikannya sebagai satu syiar.
Sunni pejuang bumi Palestin
Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya
syiar perayaan Karbala itu
terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran
mencabar kebiadapan Amerika Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir
Zionis di selatan Lubnan. Jika itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan
golongan Sunni lebih berhak mendapat pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah
kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis hanya berjaya dibebaskan oleh golongan
Sunni.
Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang
membebaskan Palestin setelah ia diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan
Babilon, Yunani, Parsi dan Rom?. Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua,
Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah yang telah berjaya membebaskan bumi
Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis melalui satu penyerahan terhormat
yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus pada tahun ke-17 hijrah bersamaan
tahun 638 masihi.
Panji Islam terus mengibar di bumi suci ini
sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh
Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu
Bakar al-Siddiq ra. Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat
sahaja, bagaimana ketika umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar
di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa
gembira dengan tragedi itu.
Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba
Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah
Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).
Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada
Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat
kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam
kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini (hari Abu Lu'luah membunuh
Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan."
Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama
yang telah berjaya
membebaskan bumi Palestin? Perhatikan pula,
siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua selepas ia jatuh ke
tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099?
Sejarah mencatatkan sewaktu penaklukan berlaku,
tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan
kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai orang-orang Yahudi dan
orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan yang
melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah
yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.
Justeru, siapakah akhirnya yang telah membebaskan
bumi suci ini daripada tentera Salib? Adakah ia seorang Syiah? Sekali-kali
tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan
Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin
merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan.
Kelahiran Sultan
Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada
umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan
Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis.
Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib.
Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah
melupai peranan Syiah Fatimiyyah Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan
Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana itu, sebelum melancarkan perang ke
atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada
golongan Syiah Fatimiyyah.
Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar,
seorang hakim dan salah seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi
kepada tentera Salib dan mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan
mengusulkan agar mereka (tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya
nanti wilayah utara Syria berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin
di bawah dominasi Fatimiyyah.
Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan,
tentera Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099,
pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh
tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar
al-Daulah, penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak
mengetahui sejarah ini?
Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan
pengkhiatan Syiah terhadap
kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang
menjadi menteri kepada Khalifah al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn
al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah manusia yang bertanggungjawab di atas
pembunuhan umat Islam secara besarbesaran oleh tentera Monggol selama 40 hari
berturut-turut.
Setelah itu, kedua-dua mereka dilantik menjadi
menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi menjajah Baghdad. Ibnu
Kathir menyebut, jumlah korban pada saat
itu mencecah ke angka 800,00 atau satu juta orang.
Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh
kedua-dua manusia ini, mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin
agung Syiah, al-Khomeini.
Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah
al-Islamiyyah halaman 128, al- Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa
kerugian di atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari
mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.
Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian
ratusan ribu umat Islam Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut
fahaman Syiah? Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila
tentera Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat
Islam? Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin
Qutz. Iaitu murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal,
Imam al-Izz bin Abdul Salam.
Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain
Jalut sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan
Saifuddin Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga
menjadi episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian
wilayah Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini?
Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul
Hamid kedua, khalifah Islam Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam
mempertahankan al-Quds. Ketika pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat
ke Istanbul pada tahun 1901 dan cuba bertemu dengan beliau. Beliau mengarahkan
Ketua Jemaah Menterinya menyampaikan pesanannya terkenal:
“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil
apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau
segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat
Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah
membasahinya dengan darah-darah mereka.
Yahudi boleh
menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada
suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi
aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat
bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan
Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan
memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al-Rajul
al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah).
Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam
mempertahankan bumi Palestin yang tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa
kepada perang Arab-Zionis pada tahuntahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap
kemenangan tentera-tentera sukarelawan Mesir dan Syria dalam kalangan anggota
gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka hampir sahaja berjaya menghapuskan terus
kekuatan pengganas-pengganas Zionis.
Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera
Zionis telah dikalahkan dengan teruk dalam peperangan antara mereka dengan
tentera Jordan. Sehingga hari ini, pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan
merayakan hari kemenangan tersebut. Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk
Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005 juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan
Intifadah rakyat Palestin. HAMAS, Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik
Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan berhak menerima kredit untuk tujuan
tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah? Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya
mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan sekali, malah banyak kali, jauh lebih
banyak daripada golongan Syiah!
Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di
serata dunia banyak lagi contoh yang boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang
di Afghanistan sebagai contoh. Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan
Rusia. Mereka bukannya puak Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk
meluaskan pengaruh mereka di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus.
Begitu juga di Bosnia dan Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut
semata-mata atas nama jihad mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab
tertentu.
Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan
tidak terletak pada Syiah atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap
bagi mereka yang
mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang
wartawan Syiah, Muntazer al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan
lontaran jamrah 'kasut but' bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah
para syuhada Sunni yang telah mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi
mempertahankan Islam yang suci ini.
Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa
Karbala juga bukanlah jawapan untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman.
Apakah perbuatan Syiah mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah
dan para sahabat Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan
pembunuh Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah?
Adakah Syiah mahu melihat golongan Sunni mengungkap
kembali dan membongkar segala titik hitam pengkhianatan Syiah terhadap umat
Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri? Benar, Syiah sememangnya berhak
melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan sempena peristiwa Karbala tersebut.
Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri (bari’) dari kesemua perbuatan
tersebut.
Malaysia bumi Sunni
Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di
bumi Gaza sebagai agenda
mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia
seumpama apa yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api
perbalahan mazhab itu. Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi
tradisi, budaya dan
perundangannya.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang
Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa
Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan
bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di
Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan
pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi memutuskan bahawa;
Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia
hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Kedua, memperakukan pindaan kepada semua
Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan
takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum
syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan
pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”.
Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan
dalam mendepani isu Palestin dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan)
perlu dipertimbangkan. Sunni dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang
satu iaitu Zionis Yahudi. Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya.
Ini bukan masanya untuk mempropagandakan doktrin
masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat Islam bersatu tanpa
mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Biarpun
ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap menyokong dalam bahasa
melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa mendokong doktrin aqidah
pegangan Hizbullah.
Jika syiar Karbala atau Asyura atau Wilayatul Faqih
yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap bid’ah di sisi
Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.
Artikal Berkaitan:
source:islam.gov.my
No comments:
Post a Comment