Apapun Ini adalah hanya
ramalan...
Ramalan dibuat bila keputusan
sebenar tak keluar2
Antara ramalan itu
tepat atau sipi-sipi atau tak tepat langsung
Selalunya buah yang
ranum tak payah dijolok lagi...
***********************************************
KUALA
LUMPUR: Lim Kit Siang memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac,
jam 11.11 pagi.
“Ini
mengingatkan saya kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan
membubarkan Parlimen pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan
‘11’ merupakan nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu
kenyataan, semalam..
Penasihati
DAP Kebangsaan itu berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah
datang dan pergi, tahun 2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam,
Parlimen ke-12 telah melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.
Ini, ujarnya menjadikan Najib di mata
kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’, terutamanya
apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri
iaitu hampir empat tahun.
Menurutnya,
Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan masuk di dalam Guinness Book of
Records sebagai negara yang telah berada di dalam keadaan kempen pilihan raya
umum untuk hampir empat tahun sejak Najib menggantikan Tun Abdullah sebagai
Perdana Menteri keenam Malaysia pada 3 April 2009.
Lim
menambah, tetapi Najib masih takut untuk membubarkan Parlimen untuk berdepan
dengan pilihan raya walaupun beliau memperoleh ruang bernafas hanya 48 hari
lagi sebelum Parlimen sekarang terbubar secara automatik pada 27 April mengikut
Perlembagaan, tanpa perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan
secara rasmi.
“Najib hanya ada dirinya untuk dipersalahkan
sekiranya beliau dianggap sebagai Perdana Menteri ‘tidak sah’ yang sepatutnya
menjadi Perdana Menteri Sementara mengetuai Kabinet Sementara yang tidak
sepatutnya membuat sebarang keputusan besar atau substantif baik melibatkan
dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau menyalahgunakan perkhidmatan awam
baik pegawai, simber dan dana awam tanpa berunding dengan oposisi,” ujarnya
yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
No comments:
Post a Comment