
“Lebih menarik lagi pendedahan beliau mengaitkan seorang
pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut,” kata
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, perkembangan itu pastinya tambah memeningkan
kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan
tertangguh lagi buat kesekian kalinya.

Menurutnya, dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta
pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta
kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model
Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan
rakyat.
“Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian liwat II
adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu
mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya,” katanya kepada Harakahdaily.

Kini, kata beliaukebenaran telah terserlah membuktikan
bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Justeru, ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai
khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu.
“Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai
dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan
pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil tindakan
tegas terhadap pegawainya yang terlibat,” katanya lagi.

Riduan berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat
dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul
Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan
oleh mahkamah kemudiannya.
Kini, ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa
terlibat merancang konspirasi Liwat II.
Bagi beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal
menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia.
“Malah, beliau dianggap gagal mendidik pegawai-pegawai
kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada masyarakat sehingga
mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah,” ujarnya.
Justeru, kata beliau rakyat perlu bertanya kembali,
apakah pemimpin seperti itu layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan
layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti itu. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment