Sunday, March 3, 2013

Anak: Racun Atau Madu




Anak itu satu Amanah.
Bagi pasangan yang baru berkahwin, memang teruja untuk dapat anak sendiri. Boleh kembang juga punggung dibuatnya, bila ada yang memuji baby secomel emaknya atau ayahnya. Keletah anak yang menghiburkan hati menceriakan suasana. Nak berkongsi suka lagi uploadkan gambar baby ke fb. Banyak pula yang memuji lagi. Kembang lagi.. bila si dady tengok akhirnya dapat sorang lagi… Itu mukadimahnya, nak kongsikan yang ini...

***********************


Anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."  (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Jika si mati mewarisi anak2 yang soleh/solehah, maka beruntunglah dia. Apa saja perbuatan anaknya beroleh juga dia pahalanya, dan begitulah juga sebaliknya.

Jika anak yang ada tidak menjadi jangan pula menyalahkan orang lain. Kerana anak adalah AMANAH Allah yang perlu dipelihara. Anak juga umpama Madu dan Racun. Maka terpulanglah bagaimana hendak mencorakkannya…

Jom teroka 2 contoh terbaik ini…

1)Pelajar bertatu ugut ustazah
Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas.

Itulah sikap samseng dan kurang ajar dua pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di ibu kota, sekali gus menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis ke atas mereka, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, ustazah berusia 28 tahun itu pada mulanya menegur kedua-dua pelajar terbabit kerana membuat bising dan mengganggu pembelajaran. [baca selanjutnya]


2)Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500
BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.
[baca selanjutnya]

No comments:

Post a Comment