Kecam syarat payu dara dalam pertandingan ratu cantik
BEIJING:
Syarat yang ditetapkan oleh penganjur satu pertandingan ratu cantik supaya
peserta mempunyai jarak sekurang-kurangnya 20 sentimeter antara dua puting payu
dara mengundang kritikan orang ramai di Internet.
“Mengapa
lebih daripada 20 sentimeter? Secara jujur, saya tidak tahu siapa yang
mempunyai susuk sedemikian,” kata seorang pengguna di Weibo, Twitter versi
China. “Bagaimana jarak payu dara termasuk dalam standard kecantikan? Adakah
mereka menganggap wanita sebagai barang mainan? Mengadili wanita melalui
kriteria sedemikan sangat kuno,” kata personaliti televisyen, Yang Lan dalam
mikroblog itu.
Pertandingan itu yang bertujuan memahkotakan 10 pelajar
universiti di tengah Hubei menitikberatkan kecantikan dari sudut tradisional
China dan standard moden Barat, kata kakitangan pertandingan sebagaimana
dipetik akhbar Global Times. Penganjur pertandingan telah melakukan
penyelidikan di Internet untuk menentukan kriteria bagi pertandingan itu.
Sebagai
tambahan kepada ukuran tradisi seperti dada, pinggang dan pinggul, pertandingan
juga mensyaratkan ruang antara anak mata peserta perlu 46 peratus daripada
jarak antara anak mata dengan telinga. China menganjurkan banyak pertandingan
ratu cantik, termasuk enam Miss World sejak sembilan tahun lalu.
Pesertanya,
Yu Wenxia memenangi gelaran dalam pertandingan itu di peringkat antarabangsa
yang berlangsung di utara negara itu bulan lalu.
“Pertandingan
ratu cantik ini tidak masuk akal,” kata seorang lagi pengguna Weibo. “Atas
dasar apa juri mengguna pakai standard mereka sendiri untuk mengukur erti
kecantikan?,” katanya. - AFP
.
No comments:
Post a Comment