Sudin baca bunyi Arab
Aziz baca bunyi Syair
Ramlee baca tak bunyi langsung!
he3
******************************
Najib bayar penulis Amerika untuk
buruk-burukkan Anwar
KUALA LUMPUR 2 MAC: Media antarabangsa mendedahkan
perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika
Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif
Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington
Times, Natinal Review dan Red State.
“Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah
Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu
bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.
“Trevino menerima bayaran USD389,724,70,” tulisan portal
BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik .
Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat
memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi
Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red
State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis
mengenai senario politik Malaysia.
“Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di
sana dan memberi pendapat saya sendiri,” katanya dipetik portal berpangkalan di
Manhattan, New York itu.
Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore
berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar.
“Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas
untuk dibayar dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino,”
katanya lapor BuzzFeed.
Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak
mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya.
“Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan
anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar
yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel.
“Saya tidak mengetahui ia ada kaitan dengan kerajaan
Malaysia dan saya hanya tahu, saya dibayar oleh Joshua,” katanya dipetik.
Untuk baca tulisan asal, KLIK INI.
No comments:
Post a Comment