Saturday, March 2, 2013

Jenazah 2 komando tiba di Subang



Keluarga dan Rakan Sedih
SUBANG - Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, tengah hari tadi.


Pesawat Charlie yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 12.35 tengah hari. Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.

Seramai 500 anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menyambut ketibaan jenazah. Ahli keluarga kedua-dua anggota terbabit juga hadir.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor juga hadir sama.

Kira-kira jam 1.05 tengah hari kedua-dua jenazah selamat dibawa ke balai ketibaan dan doa dibacakan.

Anggota yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.


Nor Aziah Nor, 27, dipapah anggota polis sewaktu mengiringi jenazah suaminya, Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, di Kampung Kubang Ikan, Besut hari ini.
 
Ibu kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud, Som Mad Salleh, dan isteri Nurul Nisah (kiri) mengesat air mata selepas melihat jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Parit 1, Sungai Besar, Sabak Bernama, hari ini

Perdana Menteri, bersama isteri, ketika menyambut jenazah Sarjan Sabarudin Daud, 46, dan Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang selamat tiba di Pangkalan 
Tentera Udara Diraja Malaysia hari ini.

Mengaminkan doa jenazah Sarjan Sabarudin Daud dan Inspektor Zulkifli Mamat yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang

Jenazah Sarjan Sabarudin Daud, 46, dan Inspektor Zulkifli Mamat, 29, 
diberi penghormatan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Sejurus Tiba.



 

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment