Sunday, March 3, 2013

Lahat Datu: Lagi 5 Polis Maut



Lagi 5 anggota polis, 2 penjenayah maut serangan di Semporna

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi.

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa. 



Taktik Kotor
Pasukan keselamatan negara terperangkap dengan taktik kotor yang digunakan kumpulan penceroboh berkenaan dan ini menunjukkan tindakan mereka itu jelas macam orang pengecut.

Berpura-pura mengibarkan bendera putih sebaliknya apabila dihampiri pasukan keselamatan, kumpulan penceroboh bertindak melepaskan tembakan sehingga mengorbankan dua anggota polis komando serta mencederakan beberapa yang lain," katanya kepada pemberita selepas istiadat penghormatan terakhir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini.

No comments:

Post a Comment