Sunday, March 3, 2013

Pengantin Baru Yang ‘Cool’





Ini baru dikatakan cool
Bakat terpendam harus ditonjolkan
Bakat juga boleh buat duit... itu lagi cool
Tapi jangan pulak terlebih cool
Takut nanti... baru kahwin dan jadi janda...
He3

******************

Aksi lagak ngeri di hari persandingan
Ipoh: Aksi lagak ngeri mencuri tumpuan pada hari bersejarah pasangan pengantin, Sharifudin Shahrin, 28, dan isteri, Nurhafizah Fakhrudin, 27, pada majlis perkahwinan di Kampung Sri Kinta, di sini, semalam.

Dalam cuaca panas terik, pengantin lelaki Sharifudin atau dikenali dengan panggilan Dino membuat aksi unik itu di perkarangan rumah keluarga pengantin.

Pada majlis itu Sharifudin menunjukkan aksi ‘dough nut’ (memusing bulatan) dan ‘wheelie’ selama hampir 20 minit.

Dia yang juga bekas ‘mat rempit’ membuka bengkel motosikal di bandar raya ini sebagai juruteknik manakala isterinya bertugas sebagai kerani bank.

Sharifudin yang berkenalan dengan isteri ketika menuntut di sekolah rendah berkata, dia memilih melakukan aksi lagak ngeri itu kerana minat mendalam terhadap motosikal, selain mengabdikan kenangan indah itu bersama isteri dan keluarga yang menghadiri majlis itu.

“Sebelum ini saya menyertai kelab Wazi Boyz yang aktif melakukan pelbagai persembahan ‘stunt’ di seluruh Semenanjung.

No comments:

Post a Comment