PARIS:
Penggunaan garam yang tinggi dalam diet mungkin merupakan antara faktor risiko
penyakit Autoimunisasi seperti 'Multiple Sclerosis' (MS) mengikut tiga kajian
yang diterbitkan oleh jurnal Nature.
MS adalah
sejenis penyakit Autoimunisasi yang menyerang saraf pusat (otak dan sumsum
tulang belakang).
MS berpunca
disebabkan oleh kerosakan myelin iaitu selubung pelindung yang mengelilingi
saraf pada sistem saraf pusat.
Antara
Gejala-Gejala MS
1-Gangguan
penglihatan seperti :
*
Penglihatan kabur
*
Penglihatan berganda / berbayang (diplopia)
*
Ketidakselesaan pada mata
* Gerakan
mata yang tak terkawal
* Buta
sepenuhnya (sangat jarang terjadi)
2-
Gangguan keseimbangan dan koordinasi seperti :
* Hilang
keseimbangan tubuh
*
Menggigil/gementar (tremor)
*
Ketidakstabilan berjalan (ataxia)
* Perasaan
sedang berpusing (vertigo)
*
Kaku/kejang anggota badan
* Gangguan
koordinasi
3-
Perubahan rasa
* Perasaan
dicucuk
* Kebas
(paraesthesia)
* Perasaan
seperti terbakar
4-
Gangguan percakapan
*
Percakapan menjadi lambat
*
Perubahan nada
* Sukar
mengunyah dan menelan (dysphagia)
Dua kajian
menunjukkan bahawa garam boleh menyebabkan pengeluaran sel-sel agresif yang ada dalam penyakit autoimunisasi pada
tikus dan manusia, manakala satu pertiga menunjukkan bahawa tikus yang
mempunyai jumlah garam yang tinggi boleh menyebabkan penyakit MS yang sama
seperti dialami manusia.
Para
Sainstis antarabangsa memberi amaran yang penemuan ini merupakan penemuan awal
yang memerlukan kajian selanjutnya.
“Namun
begitu untuk mengatakan ‘kamu tak patut mengambil garam jika tidak kamu akan
mendapat penyakit Autoimunisasi’ - adalah tidak benar” kata salah seorang
penulis kajian, Aviv Regev dari Institusi Teknologi Massachusetts.
Menurut
Vijay Kuchroo, Pengarah di Pusat Infeksi dan Immunity Brigham dan Hospital
Wanita di Boston, bukan hanya garam yang boleh menjadi faktor ke atas penyakit
Autoimunisasi tapi faktor genetik juga antara penyebab.
“Faktor
genetik iaitu - gen yang dikaitkan dengan penyakit Autoimunisasi boleh memberi
kecenderungan pada tubuh membentuk penyakit Autoimunisasi” katanya lagi.
Para
pengkaji juga mengesyaki faktor sekeliling seperti infeksi, merokok, kurang
mendapat cahaya matahari, dan kurang vitamin D boleh menjadi penyebab penyakit
ini berlaku.
No comments:
Post a Comment