Eliza |
Bruno
Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi
mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan
perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25,
tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab
Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
De Souza menangis di Mahkamah |
Pendakwa
berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu
bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan
mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya
ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah
membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.
Santos
pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza
disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika
disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.
Namun, dia
memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan
itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa
ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu
di situ,” katanya.
Eliza yang
didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo
berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.
De Souza
dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment