Haa... apa dah jadi ni...
Pakar pun kantoi jugak ke?
Senjata dah makan tuan dia balik..
Kata perancangan terbaik abad ini...
Apa dah jadi??? ada yang nak kena potong gaji neh...
He3...
Azlan Mohd Lazim |
BERIKUT
kenyataan akhbar Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful pada sidang media yang
diadakan di Ampang, dekat Kuala Lumpur hari ini.
Assalamualaikum
wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan
nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Saya Azlan
Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan
oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas
(kepada pemimpin kanan negara, nama dikeluarkan di peringkat ini. Mereka inilah
merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk
Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
Saya amat
kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
Malah anak
saya langsung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan
tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma
melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak
bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat
perbicaraan.
Semua
kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri
telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama dengan (pegawai
khas kepada pemimpin kanan negara). Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan
telah menjadi mangsa fitnah ini.
Saya ingin
menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang
sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi
sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak
percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Dengan ini
saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan
familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.
Saya
lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul
maklumat-maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada
saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas
kelihatan.
Pihak
pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah
lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan bagitu rapi oleh
(pegawai khas kepada pemimpin kanan). Ia dilakukan dengan bagitu terancang
sekali.
Sebagai
seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya
tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang
cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
Jika niat
jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara
musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang
dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
Saya
merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan
marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja
keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah
merestui perjuangan ini.
Marilah
kita juga dokan agar ALLAH menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 nanti.
Sekian.
Wasalam.
Yang
benar,
AZLAN MOHD
LAZIM
Soal jawab ketika sidang media:
Soalan: sebelum ini, Encik Azlan turut sama mendedahkan isu ini,
namun sekarang telah membuat pendedahan yang lain. Jadi bagaimana Encik Azlan
mengetahui Anwar tak terlibat dengan isu ini?
Azlan: Setelah sekian lama dalam masa empat tahun kes
ini berjalan, saya mengikuti juga perbincangan dengan peguam yang telah saya
lantik, Encik Zamri Idrus. Jadi dari situ, saya sebagai bapa kita tahu ada
benda yang tidak kena dengan kes ini, ada dalang di sebalik kes ini, saya
percaya, dan saya percaya kepada anak saya beliau adalah anak yang saya didik
dan beliau adalah anak yang baik. Ini boleh saya katakan kepada semua orang.
Soalan: Bagaimana pula dengan dakwaan yang telah
dibuat?
Azlan:
Saya tak nak campur urusan itu, kes itu di peringkat mahkamah rayuan, bermakna
apa yang telah diputuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun telah dibebaskan.
Sekarang pihak pendakwaan telah membuat rayuan dan akan didengar pada bulan Jun
ini. Jadi kes mahkamah saya tak mahu sentuh.
Soalan: Adakah anak Encik (Azlan) tahu mengenai
pendedahan ini?
Azlan:
Yang itu pun, saya tak boleh komen dengan media sama ada dia tahu atau tidak.
Soalan: Sejauh mana (pegawai khas pemimpin kanan
negara) mengambil langkah permulaan untuk mempelawa Saiful dalam isu ini?
Azlan:
Saya tidak berjumpa dengan (pegawai khas pemimpin kanan negara), tetapi Saiful
anak saya pernah bercerita kepada saya beliau pernah bertemu (pegawai khas
pemimpin kanan negara), ada urusan ketika beliau menjadi timbalan presiden
pertubuhan pelajar di universiti tempatan, dan saya tidak komen apa-apa
bermakna jika awak kenal, kita tak ada masalah.
Soalan: Kenapa Saiful melibatkan Encik dalam isu
fitnah ini?
Azlan:
Setahu saya apa yang informasi yang telah beritahu saya, beliau mengenali
pegawai khas pemimpin kanan negara setelah mereka berjumpa (di Putrajaya) dan
telah berkawan dan dalam masa itu juga telah ditawarkan bekerja melalui sahabat
baik beliau juga iaitu saudara Rahimi (Othman). Itu yang saya tahu, pernah
beberapa kali saya berjumpa dengan Rahimi atas perkenalan sahabat baiknya.
Soalan: Jadi Encik tidak tahu mengapa Saiful
membuat dakwaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Azlan: Itu
saya tidak tahu, dalam lampiran saya, seperti saya katakan tadi saya hanya
mengetahui di dalam akhbar pada hari minggu, dan saya tidak diberitahu langsung
oleh Saiful berkenaan masalah yang beliau hadapai. Selepas kes ini berjalan
saya juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak kerjaan, saya tidak pernah pun
diambil keterangan, saya tidak pernah dipanggil sebagai saksi kepada kes anak
saya.
Soalan: Adakah Encik Azlan tinggal bersama anak
atau bagaimana?
Azlan:
Saya 'on off'. Saya masih mempunyai hubungan yang baik dengan anak saya. saya
tahu anak saya, saya didik dengan cara yang baik dengan arwah ibunya. Saya tak
pernah campur adukkan soal keluarga dan kes ini. Kemudian saya duduk dengan dia
pun kami tak pernah berbincang mengenai kes ini.
Soalan: Kenapa sekarang baru Encik Azlan
bercakap mengenai perkara ini?
Azlan:
Saya rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu dan saya seorang bapa, yang tahu
apa sebenarnya berlaku di belakang tabir dan masyarakat luar tidak tahu melalui
perbincangan-perbincangan tertentu, dengan peguam saya dan malah dalam sidang
media saya juga, yang saya telah buat, telah diskripkan dan mendapatkan
kelulusan daripada pegawai khas pemimpin kanan negara dan diserahkan kepada
saya.
Saya juga
tidak berhubung secara langsung dengan mereka. Saya hanya bersama peguam saya,
Zamri Idrus dan beliau yang akan serahkan semuanya kepada pegawai khas pemimpin
kanan negara, dan apabila sidang media dibuat saya hanya baca sahaja berkenaan
kes-kes yang sedang berjalan. Tahun lepas adalah sidang media terahkir saya.
Soalan: Adakah kes yang melibatkan anak Encik
ini palsu?
Azlan:
Saya lebih nak kata kes ini adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan
Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua.
Soalan: Kenapa ketika sidang media berjalan dan
Encik Azlan telah diarahkan seperti yang didakwa tadi, Encik Azlan tetap
meneruskan membaca kenyataan media tersebut?
Azlan:
Sebagai bapa, saya tak ada pilihan, saya kena memberi sokongan moral kepada
anak saya. Malah saya begitu banyak terima tekanan sesetengah pihak, jadi saya
sebagai bapa saya kena berdiri sebelah anak saya sampai sekarang saya tak
pernah marah beliau dan tak pernah mengungkit.
Soalan: Jadi sekarang Encik Azlan mengeluarkan
kenyataan seperti akan memberi kesan kepada pihak Saiful dan sebagainya, jadi
apakah yang lakukan?
Azlan: Itu
terpulang kepada dialah, terpulang juga kepada peguam saya dan juga terpulang
juga kepada pihak-pihak yang perlu menjawab isu yang didedahkan oleh saya.
Soalan: Bagaimana pula risiko yang akan dihadapi
oleh Encik Azlan.
Azlan:
Saya memang telah hadapi risiko sejak 2008, begitu juga ketika anak saya
terlibat kes itu, saya mampu hadapi Insya-ALLAH.
Soalan: Adakah Encik Azlan akan berjumpa dengan
Anwar untuk memohon maaf?
Azlan:
Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya akan dipertemukan.
Soalan: Adakah perkara ini melibatkan
kepentingan politik?
Azlan:
Tidak, saya tidak buat kerana politik. Tak ada kepentingan politik.
No comments:
Post a Comment