Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1. Saya Azlan Mohd Lazim
sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh
pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh,
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada
semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang
melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah
dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya
Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan
tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak
saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah
dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa
dari awal hingga tamat perbicaraan.
4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh
anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri
Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.
5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah
menjadi mangsa fitnah ini.
6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan
berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping
dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata
kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah
tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang
dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan
sengsara akibat fitnah ini.
8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama
saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang
dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan
jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk
berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang
dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu
terancang sekali.
9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan
perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat
ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat
Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini
terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan
bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk
tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu
menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah
kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan
perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil
alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
No comments:
Post a Comment