Salah lagu pulak dah...
he3..
*********************
BUKIT KATIL : Tindakan media Umno BN mengaitkan lirik lagu nyanyian Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan insiden di Lahad Datu, sekadar menjadi bahan ketawa
dalam ceramah Pakatan Rakyat.
Dalam program Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) di Bukit
Katil, Melaka, semalam, ketua umum KEADILAN itu mengulas tindakan memanipulasi
lirik lagu ‘Tanya Sama Najib’ yang selalu dinyanyikan beliau
dalam program
Pakatan.
Anwar secara berjenaka merujuk laporan Buletin Utama,
TV3 menyiarkan rakaman nyanyian
berkenaan untuk mengaitkannya sebagai dalang pencerobohan tentera kesultanan
Sulu di Lahad Datu.
“Umno BN punyalah teruk sampai lagu yang saya nyanyi pun
mereka salah faham.
“Lirik lagu saya ialah ‘tanya sama Najib, apa sebab
goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’.
“Sebab lirik lagu ini, Umno BN riuh rendah kata ini bukti
saya dalang kumpulan pengganas Sulu. Lemah sungguh pemikiran Umno BN sekarang,”
katanya disambut ketawa hadirin.
Menurut Anwar, lagu berkenaan tidak bermaksud memberi
Sabah kepada kumpulan penceroboh seperti digambar media Umno BN.
“Kita maksudkan rakyat Sabah nak tolak Umno BN dalam PRU,
bukannya nak bagi Sabah kat kumpulan penceroboh.
“Sebab fitnah Umno BN ini, saya akan saman media mereka,”
ujar Ahli Permatang Pauh sambil disambut sorakan orang ramai.
Hari ni, Anwar memfailkan saman terhadap akhbar milik
Umno, Utusan Malaysia dan stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan
pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.
Tempoh 24 jam diberi kepada media berkenaan untuk menarik
dakwaan dan memohon maaf, namun kedua-duanya gagal berbuat demikian.
Lagu berhantu dari Nuar...
No comments:
Post a Comment