KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim
hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azlan“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya
anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang
tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada
Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat
yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,”
kata Azlan pada sidang media
tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat
Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk
Johari Abdul.
Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini
melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.
“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri
dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,”
katanya.
Saiful (kiri) |
Konspirasi untuk penjarakan Anwar
Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik
jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
“Saya mahu rakyat
yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan
begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang
sekali.
“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti
perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena.
Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan.
Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan
berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah,
saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari
ini.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari
ini.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar
dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.
Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media |
“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat
bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi
sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.
“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam
perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata
Azlan.
Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan
kurang sebulan lalu.
“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik
Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.
“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita
bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.
Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II
yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS
Baca kenyataan penuh Azlan DI SINI.
No comments:
Post a Comment