Sunday, March 10, 2013

Parlimen dibubar paling lewat 26 Mac




JOHOR BAHRU, 7 MAC: Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tengah malam 27 April depan tanpa perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana sudah tamat tempoh sahnya.

Lebih awal dari itu, Dewan Undangan Negeri Sembilan akan secara automatik terbubar pada 26 Mac ini kerana mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Mac 2008.

Walaupun Datuk Seri Najib Razak boleh melanjutkan tarikh pembubaran Parlimen selama 50 hari lagi, ia akan memberi tamparan paling buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri jika Parlimen terus wujud sedangkan satu DUN yang diterajui Barisan Nasional (BN) sudah terbubar dengan sendirinya.

Justeru, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Parlimen akan dibubarkan selewat-lewatnya pada 26 Mac ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia pada 20 Februari lalu mesti mendukung dan mengiktiraf konsep dan konvensyen kerajaan tidak rasmi (caretaker) apabila Parlimen dibubarkan pada akhir tempoh lima tahun.

Menurutnya, Najib yang juga mengisytihar mahu menjadikan Malaysia “demokrasi terbaik di dunia” dan jika dia serius mahu mematuhi amalan terbaik demokrasi yang matang, satu daripadanya adalah konsep dan konvensyen kerajaan tidak rasmi.

“Satu peruntukan kerajaan tidak rasmi adalah mengiktiraf bahawa pembubaran Parlimen, perniagaan sehari-hari kerajaan mesti terus mengenai perkara pentadbiran untuk membolehkan operasi biasa semua jabatan kerajaan, tetapi kerajaan tidak rasmi adalah terhad dan tidak boleh membuat keputusan dasar atau temu janji,” katanya ketika berceramah serta Pengiraan Detik 36 Hari ke PRU-13, , di Plentong, Johor, semalam..

Di Australia, misalnya, lima prinsip yang dinyatakan dalam konvensyen tidak rasmi adalah tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar utama kecuali mengenai perkara yang segera selepas perundingan secara formal dengan pembangkang.

* Kerajaan tidak rasmi juga tidak boleh melantik pegawai awam, tetapi boleh bertindak atau membuat temu janji jangka pendek.

* Kerajaan tidak rasmi juga perlu mengelak memasuki kontrak utama atau akujanji, termasuk menangguhkan komitmen hingga selepas tempoh tidak rasmi itu kerana sebab undang-undang, komersial atau lain-lain.

* Menteri boleh berunding dengan oposisi atau agensi boleh berurusan dengan kontraktor dan memastikan kontrak merangkumi fasal mengadakan peruntukan bagi penamatan acara sebuah kerajaan, termasuk tender.

* Kerajaan tidak rasmi juga perlu menangguh rundingan dan lawatan antarabangsa atau menggunakan status pemerhati sehingga akhir tempoh tidak rasmi itu.

* Mengelak pembabitan perkhidmatan awam dalam aktiviti pilihan raya. Perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap neutral di samping terus menasihati kerajaan.

Kit Siang berkata, esok merupakan ulang tahun kelima bersejarah “tsunami politik 308″ PRU12 yang mencacat sejarah apabila Pakatan Rakyat berjaya memerintah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Katanya, tempoh lima tahun Parlimen dikira daripada tarikh PRU-12 pada 8 Mac 2008 tetapi mesyuarat pertama Parlimen diadakan pada 28 April 2008. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment