Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star |
MANILA - Balu kepada Sultan Sulu,
Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya
satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan
kembali hak milik mereka.
Bercakap
kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah
ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu
ketika dahulu.
“Saya
yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.
"Saya
juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus
berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar
beliau dipetik The Philippine Star.
Maryam
bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama"
tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.
Beliau
yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah
menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.
Maryam
turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.
Beliau
turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu
menyelesaikan perkara ini secara baik.
No comments:
Post a Comment