MANILA -
Tidak seperti keluarga diraja yang lain di dunia, hanya duduk di istana dan
bergaya hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal
di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
“Saya
hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada
pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.
Pengikut
Sultan Sulu ini telah mencetuskan krisis keselamatan terbesar di Malaysia
kerana menghantar kira-kira 200 pengikutnya dan sebahagian mereka bersenjata
yang diketuai oleh adik beliau sendiri ke Lahad Datu.
Mereka
mencetuskan konflik di Malaysia kerana mahu menuntut semula kononnya kawasan
itu merupakan hak milik mereka.
Operasi
yang dikenali sebagai Op Daulat itu berlarutan lebih seminggu tetapi sehingga
kini pengikut Jamalul masih berdegil dan enggan berundur.
Jamalul
mendakwa yang Sabah ialah milik Kesultanan Sulu satu masa dahulu dan ia hanya
dipajak kepada Malaysia dan mereka membayar sewa tahunan sebanyak AS$1,708 atau
lebih RM5,000.
Jamalul
yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung juga
dengan bangganya menceritakan empayarnya berpangkalan di kepulauan Sulu,
selatan Filipina.
“Filipina
kemudian dipajak Sabah kepada syarikat British dan pada tahun 1963, Sabah
mengambil keputusan untuk menyertai Malaysia,” katanya.
Beliau
menambah ketika waktu muda, Jamalul sering mengembara ke Sabah.
“Negeri
itu sangat kaya dan setiap kali saya ke sana, saya berasa seperti berada di
kampung halaman saya sendiri,” ujarnya.
Sehingga
kini, lebih 800,00 rakyat Filipina menetap di Sabah untuk bekerja sejak
bertahun-tahun dahulu.
No comments:
Post a Comment