Sultan Sulu, Jamalul Kiram dan pengikutnya tidak mahu berganjak dari Lahad Datu. |
MANILA -
Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada
di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan
masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak
daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Jurucakap
Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani
berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1
Mac lalu.
“Mereka
sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya
berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.
Dipetik
Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan
Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.
Terdahulu,
anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa
saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera
Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.
“Arahan
untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi
serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata
Jacel.
Jacel
turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur
tangan bagi menangani konflik berkenaan.
Dua hari
lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang
dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.
“Dari awal
lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden
tetapi hampa,” kata Jacel.
No comments:
Post a Comment