ISMAIL (tengah) bersama Zulkefili dan Hamza (kiri) menunjukkan gambar mayat pengganas yang terbunuh pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam. |
LAHAD DATU
– Sebanyak 71 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut
kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo
sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua
individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan
suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan
suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu
berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan
suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda
krisis sehingga semalam.
Bagaimanapun,
Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan
itu.
“Kita
memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih
menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan
pengganas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut
beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat
termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat
individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.
No comments:
Post a Comment