Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri
Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang
pencerobohan di Lahad Datu.
Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk
mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di
peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang
"dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan
benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.
Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui
kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan
Pembangkang boleh dipatahkan.
"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk
sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana
kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja,
memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan
menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia
Chronicle.
"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya.
Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu
yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai
dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan
jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan
perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar
Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia
adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik
yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Kita sudah
begitu hampir pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang
terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai
juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar
Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan
serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."
Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua
Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat
berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian
meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang
dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di
negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa
mengosongkan tempatnya.
"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan
rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh
melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi,
sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar
lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantara beliau
dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan
Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit
segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang
pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.
"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia
merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang
Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual
negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka
memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun
dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila
mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu
ada alasan."
Bukan pertama kali
PKR mungkin mempunyai alasan untuk bimbang. Kenyataan
yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa
kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai
dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan
maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan
media Filipina yang mendedahkannya," Bernama melaporkan Zahid sebagai
berkata pada hari Selasa.
Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan
pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi
seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar
untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes
kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan
pengundi Malaysia berjiwa bebas, yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam
populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat
bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya,
menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan
memakan diri mereka sendiri.
Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk
menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka
terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan
negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai
oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi
pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.
Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas
Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika
PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.
Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan
memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu,
Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan
dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk
membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa
tahun.-Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment