Ketika ini, tentunya ramai peminat pelakon jelita, Fasha
Sandha, tidak sabar untuk melihat wajah bayi sulungnya, hasil perkongsian hidup
bersama suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Jika orang ramai berasa
sedemikian, apatah lagi si empunya diri, yang kini bersiap sedia untuk
menyambut kehadiran orang baru.
Fasha pernah berkata kepada wakil media, dia mungkin
bersalin pada akhir Februari. Namun pada sesi santai bersama kelab peminatnya,
We Love Fasha Sandha, kelmarin, wanita ini menjangkakan dia akan melahirkan
bayi sulung pada hujung bulan ini.
Selain kelab peminatnya, majlis di Shah Alam itu turut
dimeriahkan Zizan Razak dan Didie Alias, bersama kelab peminat masing-masing,
Zizan Razak FC serta Lady Didies Fanclub.
Walaupun sarat sembilan bulan, namun Fasha yang berdebar
menunggu saat melahirkan tetap ceria ketika hadir bertemu peminatnya, petang
itu.
Bahkan wanita ini berkata, dia berharap turut dapat
menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 pada 7 April
depan, di Stadium Putra Bukit Jalil, selepas bersalin.
Berpantang di rumah
mentua
Mengenai jantina bayinya itu, Fasha enggan mendedahkan
dulu sambil berkata, dia menerima apa juga yang dikurniakan kepadanya. Lelaki
atau perempuan, paling penting baginya ialah keselamatan bayi terbabit.
"Insya-Allah, menurut jangkaan, saya akan bersalin
hujung bulan ini atau awal bulan depan. Sejak hamil, saya rasa sangat istimewa
kerana diberi layanan yang lebih. Malah, saya rasa teruja dan seronok apabila
mengandung kerana kita berasa diri sangat dihargai.
"Tempoh berpantang pula 100 hari kerana saya nak
ambil masa untuk turunkan berat badan ke asal, katanya akan akan berpantang di
rumah sendiri selain rumah mentua.
Biar ada yang menganggap banyak pantang larang ketika
mengandung, tetapi Fasha menganggapnya sebagai pendapat orang lama. Dia hanya
mengikuti beberapa petua serta pantang larang yang dirasakan sesuai.
Walaupun ada yang cakap bila mengandung susah nak buat
kerja rumah, tetapi saya rasa sama saja seperti sebelum hamil.
"Saya juga masih memasak dan ke pasar dalam keadaan
macam ini sebab suami gemar makan di rumah. Malah, kalau kita tengok orang
putih, dalam keadaan mengandung pun mereka masih keluar berjoging, katanya yang
cukup seronok apabila bayi dalam perut menendang.
Biarpun kelihatan penat dan ada ketikanya
tercungap-cungap ketika berbual, Fasha tidak mahu menjadikan kehamilan sebagai
alasan untuk goyang kaki di rumah. Malah katanya, dia masih mampu memandu
seorang diri kerana enggan menyusahkan orang lain.
Sukar kekal
kemenangan
Berhubung pertemuan bersama kelab peminat, Fasha berkata,
sudah setahun dia tidak mengadakan acara sedemikian. Justeru, peluang yang ada
direbut sebaik mungkin sebelum dia berehat panjang selepas melahirkan anak
pertama.
Pelakon berusia 29 tahun ini juga memberitahu dirinya
akan kembali aktif Julai depan. Ketika yang sama, dia sudah pun menerima
beberapa tawaran berlakon, selain lamaran menjadi duta produk melangsingkan
badan.
Masih dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita
Popular, Fasha membayangkan dirinya mungkin tidak akan mengekalkan kemenangan
selama empat kali dalam kategori itu kerana ketiadaan produk.
Namun, jika dipilih untuk terus kekal merangkul anugerah
itu, Fasha menganggap ia rezeki anak dan berasakan peminat memandang bakat
serta kredibiliti lakonannya selama terbabit dalam industri.
No comments:
Post a Comment