Cristiano Ronaldo |
PIHAK pengurusan Manchester United telah mengadakan satu
pertemuan dengan pihak Nike berhubung plot tawaran mega untuk membawa kembali
Cristiano Ronaldo ke Old Trafford pada musim depan yang dianggarkan menelan kos
perpindahan £65 juta (RM300 juta).
Jika tawaran ini berjaya, ia akan menyatukan semula
Ronaldo bersama Wayne Rooney dan mereka telah dijanjikan oleh Alex Ferguson
untuk beraksi sebagai pemain kesebelasan utama United pada musim depan.
Wakil pihak Nike yang terbang ke London juga turut
membincangkan bersama mengenai pembaharuan perjanjian tajaan jersi mereka
dengan pasukan The Red Devils, tetapi yang menjadi agenda utama dalam
perbincangan ini adalah pertolongan pihak Nike membantu United untuk membawa
pulang Ronaldo.
Pihak Nike terdesak untuk mendapatkan kembali bintang
Portugal terbabit ke kelab bola sepak
ternama seperti United yang menggunakan logo mereka.
Nike sekarang sedang menaja kasut bola dan pakaian sukan
Ronaldo, tetapi kecewa kerana bintang
tersebut beralih kepada jenama Adidas apabila bermain dengan Real Madrid.
Pihak pengurusan Nike percaya jenama mereka akan lebih
dikenali sekiranya Ronaldo menyarung kembali jersi United.
United juga perlu meletakkan tawaran sebanyak £65 juta
(RM300 juta) ditambah dengan pemain seperti Nani yang akan dijual kepada Real
pada musim panas ini.
No comments:
Post a Comment