Dah Insaf dah.... |
Kan aku dah cakap...
Kalau nak bisnes atau nak jadi artis
Jangan tunjuk sangat taksub politik tu...
Tak kisahlah disebelah sini atau sebelah sana,
Sebab politik ni dah orang salah guna pakai... dah lari dari matlamat!
Pernah dengar pantun neh?
Siakap, Senohong,
Gelama Ikan Duri..
Cakap bohong, lama-lama
jadi Men****
Politik tu apa sebenarnya?
Kalau ikut kamus aku...
Politik ni satu mekanisma untuk memajukan masyarakat ke arah lebih baik. Itu
je..
Orang politik sekarang ni dan lain..
Orang politik sekarang ni.. nak kan
kuasa...
Bila ada kuasa.. baru wang itu mari..
Aku ada 2 soalan...
1)Ade dengar mana2 Menteri letak jawatan bila jambatan
runtuh, stadium runtuh,
Macam menteri kat Jepun tu.
2)Sebab apa Mahadhir dok kalut ceramah sana, ceramah sini sejak akhir2 neh?
Aku masih ingat lagi pesanan seteru politik Mahathir, Alharhum
Ustaz Fadhil Noor Katanya... “Dia mendoakan supaya Mahadhir dipanjangkan
Umur...” katanya, dan sambungannya...“Supaya
dia dapat melihat sendiri kerosakan yang telah dilakukannya..”.
*********************************
POLITIK
dan bahang pilihan raya tidak hanya dirasai oleh ahli-ahli parti, bahkan
golongan artis yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik
negara juga berdepan impak yang sama. Video Bangkang Dari Longkang menjadi
contoh paling dekat dan artis yang paling teruk terkena impak akibat penyiaran
video-video berkenaan ialah penyampai radio popular, Salih Yaacob.
Ketika
Salih dilihat benar-benar dihimpit rasa kecewa dan mahu bersara daripada dunia
seni gara-gara video lakonannya mendapat kecaman khalayak, khususnya daripada
peminat yang terdiri daripada golongan pembangkang, Afdlin Shauki pula berbeza
pendirian.
Penerbit,
pengarah, pelakon dan pelawak berkenaan menyifatkan penerbitan beberapa video
Bangkang Dari Longkang itu sebagai sekadar video balas kepada video-video
parodi yang pernah dihasilkan pihak pembangkang sebelum ini.
"Video
itu dihasilkan tahun lepas, ketika itu saya belum lagi pergi ke Gaza. Saya
memang penyokong UMNO dan sudah tentu saya juga menyokong usaha kerajaan.
Semasa ditawarkan untuk melibatkan diri dengan video berkenaan saya bersetuju
asalkan ia berkaitan dengan isu dan fakta dan bukan satu serangan peribadi
kepada mana-mana individu," lentur Afdlin yang turut didakwa menjadi orang
yang bertanggungjawab atas penerbitan video-video berkenaan.
"Itu
semua fitnah. Saya cuma terlibat sebagai pelakon. Selepas Bangkang Dari
Longkang, ada juga yang mendakwa saya sebagai pengarah sebuah lagi video iaitu
Tongong. Video itu tiada kaitan dengan saya," katanya.
Bagi
Afdlin itu semua pendiriannya ketika belum mengunjungi Gaza pada hujung tahun
2012 dan awal Januari lalu. Umum semua tahu, Afdlin kini dalam proses
penghijrahan dan sedang mendalami Islam untuk memperbaiki diri dan menjadi
muslim yang dekat kepada Allah.
"Sekarang
saya mahu ambil pendekatan untuk cuba menjauhkan diri daripada politik. Saya
melihat politik lebih banyak membiakkan kebencian. Memang kita berhak
menyuarakan apa yang kita setuju dan apa yang kita tidak setuju. Media sosial
hari ini semakin agresif membuka ruang kebencian kebanyakan komen-komen itu
datang daripada orang-orang yang beragama Islam.
"Sekarang
saya cuba untuk tidak membangkitkan kebencian mana-mana pihak, di kalangan
sesama Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Saya mahu tumpukan pembelajaran saya
untuk memperbaiki diri," katanya yang sedang muncul dengan filem Lawak Ke
Der di pawagam ketika ini.
Tidak
pernah sesal kerana terbabit dalam video Bangkang Dari Longkang, Afdlin percaya
tindakannya berlakon dalam video yang disifatkan sebagai menghina pembangkang
itu bukan sesuatu yang menyalahi etika.
"Kalau
diminta buat video itu selepas saya kembali dari Gaza (ketika ini), mungkin
saya tidak akan terlibat. Kalau boleh saya mahu menghindarkan budaya
benci-membenci dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi sesama Islam.
"Kita
boleh bersetuju dan tidak bersetuju dengan satu-satu perkara tapi janganlah
keterlaluan sampai menimbulkan kebencian. Kebencian boleh menghuru-harakan,
kita harus ambil iktibar apa yang berlaku di Gaza. Sekarang pun macam-macam komen
negatif di media sosial berhubung tragedi di Lahad Datu," katanya sedikit
beremosi.
Membawakan
karakter suara sebagai Sabuk dalam filem animasi Bola Kampung The Movie yang
akan ditayangkan pada 21 Mac nanti, Afdlin juga tidak menjadikan penghijrahannya
untuk menjadi muslim yang lebih baik menghalang dirinya untuk meneruskan kerja
seni.
"Cadangan
saya menghasilkan sebuah filem genre Islamik sudah diterima oleh sebuah
syarikat produksi, saya harap karya itu akan bercerita secara jujur.
Kerja-kerja saya sekarang isu kemanusiaan dan keagamaan dan saya juga masih
akan buat komedi cuma dalam versi yang melanggar batas moral," katanya
yang merasakan kekosongan dalam diri selama ini semakin terisi.
No comments:
Post a Comment