Azmi sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang
automatik (ATM) berhampiran kawasan pejabatnya. Sedang dia mengambil wang yang telah
dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang oleh
seseorang yang tidak dikenali memberitahu duitnya terjatuh.
Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’ itu, dia
terkejut apabila mendapati duit yang dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Jika anda pernah mengalaminya,
anda mungkin menjadi antara ribuan mangsa si penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’
wang ringgit.
Tahukah anda? Semua orang tanpa mengira jantina, bangsa
dan usia berisiko untuk menjadi mangsa kepada pencopet di ATM.
Jenayah samun di ATM
Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk
mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada
sindiket tepuk bahu membuat jenayah.
Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan
berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan
pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar.
Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda
berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak
jenayah ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata,
kelalaian segelintir pengguna ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri
keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan ATM ketika melakukan
pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan ini.
“Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek
keselamatan ketika mengeluarkan wang di ATM. Mereka mungkin menyangka selamat
apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi
sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari ATM membolehkan nada pada
papan kekunci dibaca dengan lebih jelas”, katanya.
Modus operandinya lebih kurang gini...
Dua orang menghampiri mangsa |
Seseorang memberitahu wang anda terjatuh |
Semasa tunduk, seorang dengan pantas mengambil wang dan menukar kad ATM |
Selamba pergi... misi selesai. Cari Mangsa lain pulak... |
Keselamatan nombor
pin ATM
Orang ramai dinasihatkan agar jangan menyimpan nombor pin
bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan atau menulis nombor pin di atas
kad ATM Ini adalah untuk mencegah daripada nombor pin terdedah kepada orang
yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.
Adalah dinasihatkan agar nombor pin yang dipilih itu
bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir. Ketika berada di ATM
untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar memasukkan nombor pin
dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh orang yang berdiri di
barisan sebelah atau yang beratur di belakang kita.
Sasaran mangsa si
penyamun
-Orang yang dapat gaji pada hujung bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di ATM
-Orang yang ambil wang pada waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa yang
tetap seperti ahli perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika di ATM
Tip pencegahan
-Keluarkan wang ketika waktu ramai orang seperti waktu
makan tengahari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang berada di
kawasan ATM, segera hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat
transaksi.
*******************************************
@Dari pengalaman kawan peniaga pasar malam...
Seseorang memberi salam dari belakang. Tanpa menoleh beliau menjawab salam. Dihembuskan asap rokok. Lalu meminta pinjam telefon bimbit untuk menelefon kawannya, kreditnya udah abis katanya.
Setelah selesai berborak beliau mahu meminjam wang pula. Ibunya sakit katanya. Mangsa terus membuka porchnya dan terus mengambil sejumlah wang tanpa banyak bicara dan menyerahkan kapada pemangsa lahanat itu dan dengan selambanya berlalu pergi. Gelagat mereka diperhatikan oleh salah seorang pekerjanya.
"Amboi... abang, baiknya hati. orang nak pinjam telefon, pinjam duit terus bagi...! sape tu?
Tegur pekerjanya.
Hah!..Rasa macam mengigau pulak. Periksa porch, Alamak! telefon dan rm500 sudah hilang!
Kes pukau pulak dah... apapun hati2 selalu...
No comments:
Post a Comment