Tak payahlah nak peningkan kepala
Buah yang ranum pasti akan gugur dengan sendirinya
Cuma perlu ditadahkan pukat supaya buah yang jatuh itu
Tidak rosak berkecai...
*******************
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau
memerlukan masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang dihujani soalan berkaitan pilihan raya dalam
rancangan “Conversation with the PM”
yang disiarkan di TV3 malam tadi berkata, beliau perlu membuktikan kepada
rakyat terlebih dahulu bahawa pelan serta agenda transformasi yang dibawanya
berjaya.
"Ya (boleh umum pilihan raya). Tetapi saya mahu
berdepan dengan rakyat dan menunjukkan bahawa agenda transformasi kami
sebenarnya sedang berjalan dan ini adalah kemajuan sebenar kepada negara.
Inilah perubahan dan kita sedang menyampaikan. Dan rakyat boleh merasainya.
"Jadi saya perlukan masa kerana seperti yang anda
tahu, apabila kita merancang sesuatu perkara, kita boleh merancang dan
menyampaikan. Ia mengambil masa. Tetapi saya bersyukur yang keputusan
(transformasi) adalah positif. Dan keputusan keseluruhannya menunjukkan bahawa
ia mencapai di luar jangkaan kami dalam masa empat tahun.
"Mesej kami kepada rakyat ialah, kami telah lakukan
pelbagai perkara dalam masa empat tahun ini.
Jika kami masih diberikan mandat, saya akan buktikan yang kami akan
lakukan lebih baik dalam masa lima tahun akan datang," katanya.
Selain itu, dalam rancangan itu, Najib yang diajukan
sebanyak 20 soalan berkata, rakyat Malaysia juga perlu bijak memilih serta
menentukan sesebuah kerajaan pada masa akan datang.
Katanya, rakyat tidak wajar mempertaruhkan negara kepada
pembangkang yang menurutnya mempunyai ideologi yang berbeza antara satu sama
lain.
"Saya ingin memberitahu rakyat yang kita memerlukan
kerajaan yang kuat untuk negara. Kita tidak boleh menerima ketidakstabilan dan
ketidakstabilan ini yang akan menjadikan kerajaan lemah. Semua perkara yang
baik telah dilakukan dan semua pencapaian yang telah kita lalui selama 50 tahun
ini boleh dihakis dalam sekelip mata dan ini bukanlah untuk eksperimen.
"Ini adalah masa untuk kita semua meletakkan masa
depan kepada kerajaan yang mempunyai rekod yang kukuh. Kerajaan yang mempunyai
masa depan yang jelas. Kita tidak boleh memperjudikan kepada pembangkang sebab
mereka tidak mempunyai platform yang kukuh serta masing-masing mempunyai
ideologi yang berbeza. Mereka juga tidak berdaftar dan mempunyai tiga simbol
yang berbeza. Mereka juga tidak dapat menentukan siapa yang akan memimpin
sekiranya mereka menjadi kerajaan.
"Jadi pesan saya kepada rakyat Malaysia, kita
mempunyai masa depan yang cerah," kata Najib lagi.
Pembubaran Parlimen
Parlimen
akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan
diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.
Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar.
Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih
wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen
hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh
(120) hari dari tarikh pembubarannya.
Apakah Program Transformasi
Kerajaan (GTP)?
Program Transformasi Kerajaan (GTP)
diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April
2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk
mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian
perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan
kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang
maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk
semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk
Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Enam
NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya
adalah:
1)Pengenalan
2)Mengurangkan
jenayah
3)Membanteras
rasuah
4)Mempertingkatkan
pencapaian pelajar
5)Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah
berpendapatan rendah
6)Mempertingkatkan infrastruktur asas luar
bandar
7)Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar
@ No 2,3 dan 7 GAGAL!
No comments:
Post a Comment