Montreal:
Seorang aktor lucah Kanada mengaku tidak bersalah di mahkamah kelmarin selepas
dituduh membunuh, mengerat dan menghantar rakaman video perbuatannya makan
daging mangsa ke internet.
Luka
Rocco Magnotta dihantar pulang dari Jerman selepas diburu agensi keselamatan
antarabangsa.
Dia
duduk dalam kandang kaca untuk perbicaraan yang dijangka berlangsung dua hingga
tiga minggu. Pendakwa akan cuba meyakinkan hakim bahawa mereka ada cukup bukti
untuk mendakwa Magnotta, 30.
Turut
ada di mahkamah ialah Diran Lin, bapa mangsa, Jun Lin. Anggota badan mangsa
yang dikerat itu dihantar ke beberapa sekolah dan parti politik di Ottawa dan
Vancouver.
Jenayah
itu menggemparkan Kanada dan mendapat tumpuan antarabangsa.
Magnotta
yang pernah bekerja sebagai escort ‘gay’, dituduh melakukan pembunuhan tahap
satu dan dakwaan lain.
“Ini
adalah sesuatu yang paling tidak disukai mana-mana keluarga. Kami menaruh
harapan besar kepada Jun Lin,” kata Diran Lin yang dipetik sebagai berkata.
Polis
berkata, video itu yang dipercaya asli, menunjukkan seorang lelaki menikam
mangsanya hingga mati sebelum mengerat mayat mangsa dan makan sebahagiannya.
Anggota
tangan dan kaki Lin dipos kepada pejabat parti politik di Ottawa dan sekolah di
Vancouver. -REUTERS
No comments:
Post a Comment