Wednesday, March 13, 2013

Vietnam beli 6 kapal selam Rusia




Thailand beli enam RM770 juta dari Germany,
Vietnam beli enam RM6.2bilion dari Rusia,
Malaysia beli dua RM6.7 bilion dari Perancis,

Pilihan mana yang terbaik… Kuantiti atau Kualiti?
Pastinya orang akan memilih kualiti…
Kapal selam Vietnam boleh selam 20 meter jer…
Kapal selam Malaysia yang canggih… dah tentulah bermeter2.. kan..kan
**************************

HANOI 12 Mac - Vietnam dan Rusia mengadakan perbincangan lanjut berhubung pembelian senjata termasuk kapal selam, ketika Menteri Pertahanan Rusia, Jeneral Sergei Shoigu melawat Hanoi, hari ini.

Shoigu berkata, penubuhan pasukan kapal selam Vietnam akan menjadi kenyataan pada tahun ini melalui usahasama antara kedua-dua pihak.

Rusia dijadual menghantar enam kapal selam diesel pertama ke Vietnam pada Ogos ini, seperti yang dipersetujui Vietnam pada 2009 bernilai AS$2.1 bilion (RM6.2 bilion) dan selebihnya pada 2016.

Vietnam, yang merupakan antara pembeli utama senjata buatan Rusia, turut berbincang tentang pembelian peralatan lain bagi meneruskan penggunaan senjata era Soviet, senjata baharu dan kapal-kapal tentera termasuk kapal selam, kata Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh. – dpa

Shoigu turut melawat pangkalan tentera laut Cam Ranh, semalam, yang terletak kira-kira 300 kilometer di utara bandar Ho Chi Minh.

Pelabuhan itu digunakan sebagai pangkalan tentera AS ketika perang Vietnam dan kemudian sebagai pusat pengendalian bagi kapal perang Rusia. - DPA

No comments:

Post a Comment