memohon kemaafan dunia dan akhirat |
RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115
tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas
mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.
Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat
bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara
bagi tuduhan liwat.
Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh
ditangkap pada 14 November tahun lalu.
Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh
dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala
bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan
boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.
Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol
kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di
sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja
perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala
Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan
ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi
sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi
hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.
Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan
meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di
Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.
Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan
akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta
meminta hukuman diringankan.
Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun
membantah rayuan tertuduh.
Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya
berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap
mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.
Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada
Disember tahun lalu.
Ini adalah pengawai polis yang terlibat dalam penangkapan perogol bersiri Rabidin Satir aka Bentong Rambo. Keberanian beliau dan pasukannya harus dipuji dalam membenteras jenayah rogol. Semoga beliau cepat sembuh. Sama-sama kita doakan.
No comments:
Post a Comment