Sabak Bernam: Diperkosa bapa
kandung ketika berusia lapan tahun dan dirogol beramai-ramai oleh kenalan
lelaki membuatkan gadis ini membenci lelaki.
Menurut Ally, 19, rasa
hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan
pahit itu.
“Saya benci berada dekat
lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan
rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik
dan benci pada lelaki.
“Semua lelaki mempunyai
pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya berkali-kali. Mungkin saya tak
bernasib baik dikelilingi lelaki bernafsu binatang,” katanya.
Menceritakan kembali saat
dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang
bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.
“Satu hari ayah datang
menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal
bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun,
sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.
“Meskipun masih mentah, rasa
malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah,
rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.
“Tiada langsung rasa simpati,
sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya.
Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya,”
katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia
bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir
dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah.
“Mujur pak cik menemui dan
menyelamatkan saya,” katanya.
Tidak cukup dengan penderitaan
dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai
akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.
“Saya terlalu naif apabila
sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya terperangkap dengan
sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan,
tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.
“Bukan seorang, tetapi tujuh
lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan,” kata penghuni Rumah
Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.
No comments:
Post a Comment