Sebut sahaja 11 September 2001, pasti ramai yang teringat
semula satu kejadian serangan WTC yang merupakan salah satu simbol keagungan
dan kemegahan ekonomi Amerika pada masa itu. Pejam celik, pejam celik dah 12
tahun masa berlalu serangan 11 September, tetapi pembongkaran demi pembongkaran
masih belum selesai tetapi belum bermakna ia akan terhenti sampai di situ
sahaja selagi kebenaran belum terungkai. Bukan niat untuk mempersenda, apatah lagi orang yang telah tiada. Cubalah fikir sejenak...
NEW
YORK – Beberapa gambar dari udara yang menunjukkan detik-detik serangan
WTC dan bangunan tersebut runtuh akibat rempuhan dua pesawat komersial pada
2001 disiarkan sebelum ini. Gambar itu dirakamkan oleh sebuah helikopter polis
dan diperoleh oleh stesen televisyen ABC selepas ia memfailkan satu permintaan
menerusi Akta Maklumat Kebebasan pada tahun lalu bersama Institut Teknologi dan
Standard National yang menyiasat runtuhan tersebut.
Menurut
Ketua Kurator Muzium Memorial Kebangsaan Serangan 11 September, Jan Ramirez,
gambar-gambar itu boleh digunakan untuk memahami apakah yang sedang berlaku
semasa runtuhan tersebut. Rangkaian televisyen itu menyiarkan 12 gambar yang
dirakamkan oleh seorang anggota polis New York ketika itu, Greg Semendinger
yang kini sudah bersara.
Menurut
Semendinger, dia dan rakannya melihat sebuah pesawat kedua merempuh menara WTC
dari helikopter itu. “Gambar-gambar itu menakjubkan,” katanya. Pada serangan 11
September, sebanyak 2,752 orang terbunuh sehingga menyebabkan Presiden AS
ketika itu, George W. Bush melancarkan perang menentang keganasan di seluruh
dunia termasuk di Afghanistan dan perang Iraq 2003.
Tuduhan Amerika yang menganggap rangkaian Al-Qaeda
menjadi dalang tumbung dan runtuhnya WTC pada 11 september 2009.
• Adakah peperangan yang telah dilancarkan
kepada negara seperti Afganistan dan Iraq selepas tumbangnya World Trade Center
adalah secara kebetulan atau sememangnya sudah dirancang?
• Kebetulan pula pada masa serangan tiada
seorang pun orang Yahudi berada dalam bangunan.
• Begitu mudah Al-Qaeda dituduh sehingga mampu
membuat serangan sebegini rupa. Bagaimana seorang juruterbang amatur mampu
membawa pesawat besar yang kemudiannya merempuh WTC .
• Pelik tapi benar, passport
penyerang/penceroboh yang berjaya ditemui di dalam runtuhan World Trade Center.
Sedangkan semua benda lain sudah musnah.
• Jikalau sebelum ini kita dimomokkan pesawat
jatuh terhempas tetapi yang anehnya tiada langsung bangkai pesawat di atas
tanah tetapi cuma tinggal hanya satu lubang besar. Mana mungkin rangka pesawat
sebesar itu tersebut hancur menjadi debu.
• Kenapa dalam tempoh kira-kira 2 jam sahaja
World Trade Center boleh runtuh?
• Apabila serangan dilakukan daripada bahagian
bawah (base), memang logik untuk World Trade Center boleh runtuh semudah itu.
Tetapi insiden serangan ini pula dilakukan pada kedudukan yang tinggi iaitu
pada tingkat yang ke 70 ke atas sehinggakan boleh runtuh tanpa satu struktur
pun kekal terpacak. Amerika!!!! World Trade Center runtuh disebabkan rempuhan
pesawat? Atau…..runtuh disebabkan letupan bom yang dipasang di dalam bangunan?
• Begitu mudahnya pesawat pesawat Boeing 767
American Airlines Flight 11, pesawat
United Airlines Flight 175 dan American Airlines Flight 77 dirampas? Matikah
pesawat pemintas Amerika pada masa itu, sehingga membiarkan ketiga-ketiga
pesawat berjaya mengusik WTC dan Pentagon?
Adakah Serangan 11 September, satu Konspirasi?
Sumber:beritasemasa.com
No comments:
Post a Comment