Kisah
Sa’labah.
Ini kisah yang berlaku di
zaman nabi tercinta, Rasulullah s.a.w.
Sebuah kisah seorang remaja bernama Sa'labah bin Abdul Rahman. Remaja yang umurnya baru 17 tahun.
Wawasan dan visi hidupnya adalah akhirat. Takutnya hanya pada Allah. Ini bukan kisah remaja kita… yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Sa'labah ini.
Satu hari, Sa'labah ini berjalan ke satu tempat atas perintah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan, Sa'labah lalu dihadapan sebuah rumah dan secara tidak sengaja dia terlihat seorang wanita yang sedang mandi.

Lantas dipalingkan mukanya, terus melafazkan astaghfirullahalazim dengan terasa
berat sekali beban menanggung dosa yang tidak sengaja dilakukan.
Disaat itu,
hatinya terdetik dengan penuh debaran, apakah malaikat Jibril telah melaporkan
pada nabi perihal dosa yang telah dilakukan? Apakah Allah telah menurunkan ayat
yang menyenaraikan namanya dalam kalangan orang yang akan ditempatkan neraka?
Dia takut sekali akan azab yang akan ditanggung oleh sebab dosa kedua matanya
itu. Sa'labah merasa lemah sekali. Ketakutannya pada azab Allah menghilangkan
seleranya untuk makan. Sehingga kering tubuhnya.
Satu hari Rasulullah s.a.w
datang menziarahinya, diangkat kepala Sa'labah lalu diletakkan diatas riba
baginda.
Sa'labah mengalihkan kepalanya dari riba Rasulullah s.a.w.
"Mengapa wahai Sa'labah?", tanya Rasulullah.
Sa'labah menjawab," Kepala yang penuh dosa ini tidak layak berada di ribamu ya Rasulullah"
"Wahai Sa'labah, bersaksilah bahawa Allah menerima taubatmu itu",kata Rasulullah.
Akhirnya Sa'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaan Rasulullah bersama sejuknya pengampunan dari Allah. Disaat jenazah Sa'labah hendak dikebumikan, Rasulullah yang datang agak terlewat kelihatan begitu sukar perjalanannya meskipun sudah dibuka laluan oleh para sahabat.
Para sahabat bertanya, "Mengapa begitu sukar sekali laluanmu ya Rasulullah?"
Maka Rasulullah menjawab."Engkau tidak lihat betapa ramainya malaikat yang mengiringi jenazah Sa'labah sehingga bersesak-sesak".
Mulianya kematian anak muda itu, sudahlah mati di ribaan baginda Rasulullah s.a.w, jenazahnya pula diiringgi oleh ribuan malaikat.

No comments:
Post a Comment