Thursday, February 14, 2013

BERSARA: Pope Benedict Disorak Kumpulan LGBT



Sekumpulan Pertubuhan hak asasi (LGBT) bersorak gembila apabila mendapat berita mengatakan persaraan Pope Benedict XVI. Mereka berarak dalam keadaan separuh bogel ke tempat awam terkenal di Paris - Notre Dame Cathedral. 

Sekumpulan 9 wanita dari Ukraine  itu mengecat badan dada dan belakang mereka dengan tulisan tertera, “Pope no more” dan “Game over”. Mereka juga berteriak ”Pope no more!", "No more homophobe" dan "Bye bye Benedict!".  

Mereka bertindak berani dengan merempuh masuk ke Gereja dan membunyikan loceng. Tindakan mereka menyerbu  masuk ke dalam Gereja ini sebagai menyahut cabaran dari seseorang yang menulis di Twitter  pada laman web mereka yang mencabar kumpulan ini yang berbunyi.. “Kalau awak berani, pergilah ke Gereja”.
 
Mereka mendakwa mereka berbuat demikian kerana bantahan dari gereja yang berterusan metentang tuntutan hak sama rata mereka mengenai LGBT. Mereka juga mendesak dewan rendah parlimen Perancis menghalalkan pergakwinan gay.

Apabila ditanya kenapa mereka berbuat begitu?  Mereka mengatakan “Jika mereka memprotes dengan mengangkat sepanduk, Tuntutan mereka tidak akan mendapat perhatian”. 

HOOTIN di Notre Dame Cathedral sementara menunggu Pope
Sehubungan itu, Kumpulan agama Katolik akan bertindak untuk menyaman kumpulan itu kerana kelakuan tidak bermoral secara terbuka dan dihadapan kanak-kanak, serta mengejek cara mereka berpakaian. 

Perancis semakin hampir menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis apabila dewan rendah Parlimen negara ini, meluluskan rang undang-undang tersebut, semalam, seperti dilapor UtusanMalaysia. 



No comments:

Post a Comment