Minuman air berkabonat memang terkenal diseluruh dunia. Sebut
saja coke, pepsi siapa yang tidak tahu, sehinggakan dalam filem kelakar God Must
be Crazy ia dianggap tuhan!. apatah lagi dihiasi dengan iklan2 yang
membabitkan personaliti popular yang
menjadi idola. Berjuta buget dikeluarkan untuk tujuan iklan saja.
Sedar atau ataupun tidak, yahudi mencipta rokok... tetapi
yahudi tidak merokok, Yahudi mencipta ubat-ubatan (berkimia)... tapi yahudi
gunakan Habatus Sauda, Yahudi mencipta coke...tetapi yahudi tidak minum coke!
Apapun terpulanglah... lain orang, lain pendapatnya,
Lain orang , lain seleranya...
KongsiOn9 nak kongsi tentang kisah air ini... air sedap,
tapi berpenyakit!
Auckland: Seorang koroner mengesahkan bahawa punca
kematian ibu lapan anak, Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak
minuman berkarbonat.
Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat setiap
hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein dan hampir satu
kilogram gula.
Mendiang meninggal pada pada 25 Februari 2010 akibat
serangan jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan
terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami kesukaran
bernafas.
Syarikat minuman berkarbonat terbabit mempertikaikan
bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat
dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya.
Namun dalam penemuan dikeluarkan semalam, koroner David
Crerar berkata Harris mungkin tidak mati jika dia tidak terlalu bergantung
kepada minuman berkarbonat itu.
“Saya mendapati, apabila semua bukti yang diperoleh
dipertimbangkan, jika Natasha Harris tidak mengambil kuantiti besar air
berkarbonat, agak mustahil dia akan mati seperti sekarang,” katanya.
Hodgkinson berkata, beberapa bulan sebelum kematiannya,
keadaan kesihatan Harris merosot.
“Dia tiada tenaga dan merasa tidak sihat sepanjang masa.
Dia akan bangun dan muntah pada waktu pagi,” katanya.
Beliau berkata tabiat minum air berkarbonat pasangannya
menjadi satu ketagihan.
“Dia akan marah-marah dan sakit kepala jika tidak minum
air berkarbonat dan juga tidak bertenaga,” katanya. – Agensi
Sumber: BH, 13
Februari 2013
Antara kajian yang telah dibuat:
>>Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika
Syarikat (AS) mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan
air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan
kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
>>Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal
New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut
meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.
>>Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama,
kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
>>Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula
didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan
untuk berat badan seseorang bertambah.
>>Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang
diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil
peserta yang menyertai kajian berkenaan.
>>Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal
pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
>>Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak
dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman
tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami
pertambahan berat badan yang sedikit
No comments:
Post a Comment