Thursday, February 14, 2013

Laporan Jujur Dari Media Singapura Mengenai Konsert PSY @ Penang.




Didalam bidang kewartawanan di Malaysia khasnya, ia mempunyai prinsip dan etika yang perlu di patuhi. Wartawan perlu bebas dan jujur atas segala laporannya. Jika laporan tersalah lapor, ia mesti diperbetulkan dengan segera demi menjaga kepentingan umum. Berat juga tugas wartawan ni sebenarnya.

Salah Satu Prinsip Utama Wartawan, Menyedari pentingnya masyarakat liberal, toleran, demokratis dan peranan tradisi kewartawanan bebas dan tanggungjawab yang berkhidmat untuk rakyat dengan melaporkan fakta-fakta yang benar tanpa rasa takut dan berat sebelah; dan 

Salah Satu Etika Kewartawanan adalah, Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama;

Jika dibelek rata-rata akhbar tentang laporan selepas Majis sambutan TBC di Pulau Pinang lepas, tidak banyak berita yang dilaporkan.  Jika sebelum itu sarat dengan berita yang di war-warkan akan kemeriahan yang akan berlangsung, tambahan pula telah berbelanja besar dan diserikan lagi dengan persembahan artis tersohor masa kini iaitu bintang K-Pop dari Korea, PSY. 

Apapun kita ikuti Video Laporan Jujur Dari Media Singapura Mengenai Konsert PSY @ Penang.




No comments:

Post a Comment