Thursday, February 14, 2013

Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam : Lebih 80 Elaun Kakitangan Kerajaan 2013 Akan Naik?





Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya….

80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?

<>Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.

<>Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

<>“Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.

Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :

Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan:

<>Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
<>Persoalan dan permintaan mengenai status gred
<>Status perjawatan kontrak
<>Elaun perumahan
<>Tuntutan perjalanan
       
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.

Yang pertama, 

<>mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan (SEPERTI DI SINI)

<>Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun

Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. Takut-takut Janji tak ditepati pula...
Sumber: Beritasemasa.com  

No comments:

Post a Comment