Hukum pengambilan anak angkat menurut Islam berlainan dari amalan dan adat
pengambilan anak angkat barat. Bertentangan dengan apa yang berlaku di dunia
barat, seorang anak angkat tidak meninggalkan keluarga biologi mereka (kecuali
jika tidak diketahui) untuk memasuki keluarga yang mengasuh mereka.
Sementara mengasuh anak orang lain dibenarkan dan, dalam kes anak yatim,
malah digalakkan, anak angkat itu tidak menjadi anak ibu bapa baru mereka.
Bentuk pengambilan anak angkat ini di mana kanak-kanak mengekalkan keahlian
keluarga asal mereka digelar, dalam Bahasa Arab: kafala.
Ini membayangkan sebagai contoh bahawa bapa baru
mereka tidak boleh menamakan anak lelaki itu bersempenanya, dan bahawa anak
itu dikirakan bukan-Mahram. Ini dapat dilangkah sisi dengan anak itu menghisap
susu ibu angkatnya dalam dua tahun yang pertama kehidupannya.
Riwayat melibatkan Aisyah Abu Bakar, Abu Huzaifah ibn Utbah dan Salim Mawla
Abu Huzaifah berkata:
Abu Hudhaifah, salah seorang yang berjuang dalam perang Badar dengan Nabi
Allah, mengambil Salim sebagai anaknya dan mengahwini anak buah perempuannya
Hind binti Al-Wahd bin 'Utba padanya' dan Salim sebagai seorang hamba
dibebaskan dari seorang wanita Ansar.
Nabi Allah juga mengambil Zaid sebagai anak lelakinya. Sewaktu zaman
jahiliah sebelum Islam adatnya adalah biasa, jika seorang mengangkat seorang
anak lelaki, orang memanggilnya dengan nama bapa angkatnya yang dia akan
mewarisi juga, hingga Allah mewahyukan:
"Panggil mereka (anak lelaki angkat) dengan (nama) bapa mereka."
Suatu fakta penting untuk difikirkan adalah bahawa Nabi Muhammad sendiri
telah mengambil anak angkat, dan baginda sendiri telah disusukan oleh ibu
angkatnya sewaktu dua tahun yang pertama hidupnya.
No comments:
Post a Comment